Berita & Aktiviti Terkini


Tarikh akhir kemaskini : 2018


Program Digital Literacy eKelas Maxis

06 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pengurus dan Penolong Pengurus telah menghadiri satu kursus ‘Train The Trainer’ yang diadakan pada 4 & 5 September 2018 di Menara Maxis Kuala Lumpur. Kursus ini disampaikan oleh penceramah dari Google Singapore. Tajuk yang disampaikan sangat menarik iaitu Cyber Security......baca seterusnya


Program Mencipta Poster Kemerdekaan

02 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September yang lalu satu program mencipta poster yang bertemakan kemerdekaan telah dijalankan di PI Kg. Titi Teras. Pertandingan mencipta poster ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Seramai 14 orang pelajar telah mengambil bahagian......baca seterusnya


Pengambaran Video Pendek Amalan Cara Hidup Sihat OKU

28 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg. Titi Teras telah menyertai satu pertandingan Video Pendek Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Majlis Kebangsaan Bagi OKU. Jadi pada 27 Ogos yang lalu Pusat Internet menjalankan pengambaran bagi video pendek tersebut di PDK Nur Kasih......baca seterusnya


Program Dekorasi Kemerdekaan

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan yang di sambut oleh seluruh rakyat Malaysia. Bagi menunjukkan semangat dan kemeriahan Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2018, Pusat Internet telah menjalankan satu aktiviti dekorasi bertemakan kemedekaan bersama ahli-ahli Pusat Internet......baca seterusnya



Open Day & Jamuan Hari Raya

7 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Buat julung kalinya Pusat Internet Kg. Titi Teras mengadakan Open Day bagi tahun 2018. Open Day ini juga dibuat sempena bulan Syawal bagi menganjurkan Jamuan Hari Raya bersama komuniti di sini. ....baca seterusnya


Kursus Tips Penjagaan Wajah & Asas Make Up

9 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kursus Tips Penjagaan Wajah & Asas Make Up ini dijalankan sebagai persediaan kepada remaja wanita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, dapat membantu memberi idea kepada mereka untuk menjalakan perniagan spa wajah atau make up di rumah....baca seterusnya


Program Ihya Ramadhan

2 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Program Ihya Ramadhan merupakan aktiviti tahunan yang akan dijalankan setiap kali bulan Ramadhan. Cuma pada tahun ini sedikit berbeza kerana Pusat Internet telah bekerjasama dengan krew My Alza Owner Club negeri Kedah.....baca seterusnya


Iftar Ramadhan Kluster Yan bersama Kluster Pendang

27 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2018 yang lalu, sebagai merapatkan hubungan antara Kluster Yan dan Kluster Pendang satu majlis berbuka puasa telah diadakan di Pusat Internet Pondok Chegar, Pendang. Selain itu satu perbincangan ringkas telah berlangsung untuk merangka beberapa aktiviti untuk cluster berkolaborasi bersama.....baca seterusnya


Program Iftar Bersama My Alza Owner Club

25 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Program santai ini merupakan persediaan untuk program Ihya Ramadhan yang akan dijalankan pada 1 Jun akan datang. Pada kali ini wakil dari Pusat Internet serta krew-krew dari My Alza Owner Club mengadakan majlis berbuka puasa bersama dan seterusnya menyiapkan pek kurma......baca seterusnya


Program Fun Fly Gunung Jerai Paragliding Park

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

PI Kg. Titi Teras bekerjasama dengan Kelab Luncur Udara Jerai telah menganjurkan Open Day & Fun Fly Gunung Jerai Paragliding Park. Program ini bertujuan membantu mempromosikan sukan paragliding di Daerah Yan. Pada program kali ini pihak penganjur telah menjemput pilot-pilot dari seluruh Malaysia untuk datang terbang di Gunung Jerai......baca seterusnya


Program “Youth Entreprenuer”

5 April 2018 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun. Seramai 349 orang pelajar terlibat iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Pelajar di bahagikan kepada kumpulan kecil yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 12 pelajar. Setiap kumpulan perlu membuat perbentangan berkaitan nama syarikat, jenis, produk, harga dan sasaran pelanggan serta jenis promosi yang dilakukan.......baca seterusnya


Bengkel Menggilap Permata Hati

22 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2018 yang lalu , satu bengkel telah diadakan iaitu Bengkel Menggilap Permata Hati yang bertempat di Dewan Masjid Kampung Titi Teras. Pada hari tersebut Cik Juhaida selaku pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras telah memberi taklimat...........baca seterusnya



Live Tutorial eKelas Maxis

11 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Live Tutorial eKelas Maxis diteruskan lagi pada 9 dan 10 Februari yang lalu . Live Tutorial eKelas Maxis ini ditumpukan untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Pada tarikh 2 Februari kelas dikhususkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pada 3 Februari untuk Matematik dan Sains............baca seterusnya


Live Tutorial eKelas Maxis

04 Februari 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Live Tutorial eKelas Maxis diteruskan lagi pada 2 dan 3 Februari yang lalu . Live Tutorial eKelas Maxis ini ditumpukan untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja. Pada tarikh 2 Februari kelas dikhususkan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan pada 3 Februari untuk Matematik dan Sains............baca seterusnya


Mini Cinema

11 Disember 2017| Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2017 telah berlansungnya aktiviti “Mini Cinema” yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Titi Teras . Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah di Kg Titi Teras pada musim cuti sekolah kali ini..........baca seterusnya


Kelas Portal eKelas

10 Disember 2017| Aktiviti Terkini

Kelas Portal eKelas diteruskan lagi pada 8 dan 9 Disember yang lalu . Pada tarikh 8 Disember kelas dikhususkan untuk pelajar tingkatan 3 dan pada 9 Disember pelajar tingkatan 1 dan 2...........baca seterusnya



Advokasi Bersama Pewaris Muda ( Belia )

16 April 2017| Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2017 yang lalu berlansung satu Advokasi di Program Pewaris Muda Anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang, bertempat di Kem KAMC Yan.. Seramai 100 peserta yang terlibat dalam program dan terdiri dari umur 17-26 tahun...........baca seterusnya


Class Business Online Thru Facebook

23 Januari 2017| Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2017 yang lalu telah berlangsungnya satu program dimana memberikan pembelajaran kepada belia sekitar Daerah Yan mengenai perniagaan atas talian dengan menggunakan aplikasi ‘facebook’...........baca seterusnya


Workshop Basic Adobe Illustrator

27 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Pada penghujung tahun 2016 yang lalu telah berlangsungnya suatu bengkel yang memberi pendedahan menggunakan Abdobe Ilustrator serta mempraktikan supaya dapat diketengahkan..........baca seterusnya


Booth Kdb Malam Cinta Rasul

16 Disember 2016 | Aktiviti Terkini

Sempena Maulidur Rasul baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia bersama-sama empat lagi PI daerah Yan telah dijemput mengadakan ‘booth KDB’ dan memperingati peristiwa paling bermakna bagi umat islam itu..........baca seterusnya


Bengkel Video Mykif

17 November 2016 | Aktiviti Terkini

Baru-baru ini 16 November 2016 yang lalu telah berlangsungnya satu program dimana menerapkan penggetahuan penghasillan video kepada pelajar. Peserta kali ini terdiri daripada pelajar Sekolah Men. Agama Sg. Limau. ...........baca seterusnya


Kelas Ict Dan Kdb Sma Sg.Limau

16 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi Teras dengan kerjasama Pusat internet 1 Malaysia Daerah Yan,telah menganjurkan Kelas ICT untuk membantu masyarakat dan pelajar supaya celik IT. Bertempat di Sekolah Menengah Agama Sg. Limau,telah berlangsungnya program tersebut............baca seterusnya


Kelas Ict Dan Kdb Sk.Hj.Kassim Jasin

7 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi Teras dengan kerjasama Pusat internet 1 Malaysia Daerah Yan,giat dalam menganjurkan Kelas ICT untuk membantu masyarakat dan pelajar supaya celik IT. Bertempat di Sekolah Hj. Kassim Jasim Selengkoh,telah berlangsungnya program tersebut. ..........baca seterusnya


Nera Progress Meeting

13 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia berperanan penting dalam mengetengahkan ilmu ICT serta menjadi salah satu jalan untuk meningkatkan ekonomi penduduk disamping menyediakan kemudahan internet, wifi, percetakan dan sebagainya. Jesteru itu, perjumpaan dan pembentangan perjalanan operasi dari masa ke semasa turut diadakan............baca seterusnya


Kelas ICT Sk.Sg.Dedap

13 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi Teras dengan kerjasama Pusat internet 1 Malaysia Daerah Yan,telah bekerjasama dalam menganjurkan Kelas ICT di SK.SG.Dedap pada 10,11,12 Oktober 2016 yang lalu. Matlamat Pusat Internet adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam menguasai Microsoft Office (Word,Excel dan Power Point), serta pembelajaran dalam penghasillan poster..........baca seterusnya


Kelas ICT Dan Kuiz KDB

9 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia berperanan dalam mengetengahkan ilmu ICT serta menjadi salah satu jalan untuk meningkatkan ekonomi penduduk dan memupuk agar menjadi pengguna internet yang bijak dan berhemah, disamping menyediakan kemudahan internet, wifi, percetakan dan sebagainya. Jesteru itu, pelbagai inisiatif dan kelas ICT kerap dijalankan...........baca seterusnya


Hari Terbuka Dan Sukan Negara PI Kg.Titi Teras

9 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2016 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras telah menjalankan hari terbuka dimana keahlian percuma dan pelbagai program ICT dijalankan. Seramai 179 orang dari penduduk Kampung Titi Teras dan penduduk luar telah menghadiri pada hari tersebut. Program ini juga berlangsung serentak bersama Hari Sukan Negara Kg.Titi Teras...........baca seterusnya


Video Making Training

5 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 3 dan 4 Oktober 2016 yang lalu telah berlangsungnya satu program dimana kakitangan PI diberikan latihan menyeluruh berkenaan penghasillan video. Peserta kali ini terdiri daripada Pengurus dan Penolong Pengurus PI (Maxis) Kedah...........baca seterusnya


Program Memancing Bersama Komuniti

20 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 19 September yang lalu telah berlangsungnya suatu program iaitu ‘memancing bersama komuniti’. Program yang berlangsung di Kampung Kelantan Dulang Kechil ini disertai 68 orang peserta dan seramai 117 orang pengunjung ianya melibatkan kerjasama empat lagi PI Daerah Yan......baca seterusnya


Kelas Poster Kemerdekaan

6 September 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras telah menjalankan suatu program yang mendidik pelajar SMA Pekan Gurun dalam menghasilkan animasi kartun iaitu menggunakan aplikasi ‘powerpoint’. ....baca seterusnya



Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016

Berita Terkini

Rakan-rakan sekalian! Jom berdakwah menerusi karya grafik. Serlahkan kreativiti anda melalui Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.Pertandingan ini akan berlangsung dari 1 September 2016 sehingga 30 November 2016. Hadiah utama berjumlah RM 5,000.00 menanti anda! Untuk makluman lanjut...KLIK disini


Bengkel Powtoon

28 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras telah menjalankan suatu program yang mendidik anak muda penduduk sekitar dalam menghasilkan animasi kartun iaitu menggunakan aplikasi ‘powtoon’. Bengkel tersebut dijalankan......baca seterusnya


Nera Progress Meeting

22 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia berperanan penting dalam mengetengahkan ilmu ICT serta menjadi salah satu jalan untuk meningkatkan ekonomi penduduk disamping menyediakan kemudahan internet, wifi, percetakan dan sebagainya. Jesteru itu, perjumpaan dan pembentangan perjalanan operasi turut diadakan........baca seterusnya


Kdb Di Sek Sri Mahawangsa

19 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia akan terus menyahut seruan kerajaan agar membentuk masyarakat yang bijak dalam penggunakan internet. Kali ini, Sekolah Kebangsaan Sri Mahawangsa pula telah menjadi destinasi program Klik Dengan Bijak atau lebih dikenali (KDB). Program ini melibatkan kesemua PI daerah Yan dan melibatkan hampir 70 orang peserta........baca seterusnya


KDB Bersama Sek. Men. Keb. Yan Sempena Bulan TVET Belia Kedah

2 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia sekali lagi telah dijemput mengadakan taklimat berkenaan keselamatan dalam pengguaan internet. Program ini, berkerjasama dengan Majlis Belia Malaysia  untuk sama-sama menjayakan suatu program yang diberi namakan 1B1K iaitu ‘1 Belia 1 Kemahiran’ . Seramai 200 orang peserta telah terlibat yang hadir dari pelbagai Daerah Yan. Aturcara program dimulai dengan slot taklimat ‘Klik Dengan Bijak’ dan disululi kuiz KDB. .......baca seterusnya


Program KDB Bersama Sekolah Sungai Dedap

2 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Ogos 2016 yang lalu Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan telah menjalankan suatu program iaitu taklimat Klik Dengan Bijak atau lebih dikenali sebagai (KDB). Seramai 140 peserta telah terlibat pada hari tersebut. Sesi pertama dimulakan dengan perkogsian taklimat dan kuiz KDB keselamatan serta penggunaan internet secara bijak. Seterusnya sesi kuiz KDB iaitu soalan pengetahuan dan gambaran sendri tentang bahaya dan ancaman yang wujud dalam dunia siber. .......baca seterusnya


KDB Bersama Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh

2 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan dijemput bagi mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak atau lebih dikenali sebagai (KDB). Seramai 70 peserta telah terlibat pada hari tersebut. Sesi pertama dimulakan dengan perkogsian melalui taklimat dan kuiz KDB keselamatan dan penggunaan internet secara bijak. Seterusnya sesi kuiz KDB iaitu soalan pengetahuan dan gambaran sendri tentang bahaya dan ancaman yang wujud dalam dunia siber........baca seterusnya




Program Infaq Ramadhan

28 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan telah menjalankan program amal yang di beri nama PROGRAM INFAQ RAMADHAN. Memandangkan dalam bulan Ramadhan ini tidak banyak aktiviti yang dijalankan di PI, kami mengambil kesempatan untuk menjalankan program amal bersesuai dengan riwayat Al-Baihaqi,.......baca seterusnya


Program Pondok Ramadhan

26 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Titi Teras menjalankan satu program yang di beri nama “Pondok Ramadhan”. Program ini merupakan satu inisiatif Pengurus dan Penolong Pengurus PI untuk mengisi masa lapang kanak-kanak dan remaja yang telah menjadi pengguna PI pada bulan Ramadhan. Aktiviti akan bermula pada 10.00 pagi dan berakhir pada 4.00 petang. Antara pengisian program adalah “Spidership”, “Bola Ukhuwah” dan “Ibrah Sirah Nabi”.......baca seterusnya


Projek Lanskap Laman PI

4 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Sebagai sebuah institusi yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada masyarakat. Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras sentiasa berusaha untuk memberi keselesaan dan suasana yang terbaik kepada pengunjungnya. Jesteru itu, suatu usaha iaitu ‘projek lanskap laman PI’ telah dijalankan. Pada 3 Jun 2016 yang lalu telah berlangsungnya program ini melibatkan ahli PI Kg.Titi Teras sendiri untuk membina lanskap dan menghasilkan persekitaran hijau di PI. Aktiviti program kali ini diantaranya adalah, bergotong-royong membersihkan persekitaran PI, penyediaan tapak lanskap, ......baca seterusnya


KDB Bersama Pengghuni Sek, Bukit Besar

26 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2016 yang lepas Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan dijemput bagi mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak atau lebih dikenali sebagai (KDB). Seramai 200 peserta telah terlibat pada hari tersebut. Sesi pertama dimulakan dengan perkogsian melalui taklimat dan kuiz KDB keselamatan dan penggunaan internet secara bijak. Seterusnya sesi permainan secara berkumpulan berinputkan pengetahuan dan gambaran sendri tentang bahaya dan ancaman yang wujud dalam dunia siber. ......baca seterusnya


Kelas ICT Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Budi Yan

16 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras serta empat lagi Pusat Internet daerah Yan iaitu, Kuala Sala, Yan Kechil dan Sungai Limau telah meneruskan lagi ,kelas bimbingan kelas ICT pada setiap miggu bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahaun ICT kepada pelajarnya. Bertempat di Rumah Badan Usaha Didikan Anak-Anak Yatim (RUMAH BUDI) Yan Kedah. ......baca seterusnya


Latihan Kebakaran

7 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Satu latihan kebakaran telah di jalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Titi Teras dengan kerjasama Jawatankuasa Kampung dan Jawatankuasa Masjid Nurul Iman. Latihan kebakaran ini juga melibatkan empat PI lain iaitu PI Yan Kechil, PI Bukit Besar, PI Sg. Limau Dalam dan PI Kuala Sala. Pihak PI meminta kerjasama dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak. ......baca seterusnya


Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau

5 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mei 2016 yang lepas Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Limau telah mengadakan Hari Kokurikulum Peringkat Sekolah 2016. Banyak gerai-gerai jualan yang mana di buka oleh pelajar sendiri dan AJK PIBG sekolah. Turut berlangsung aktiviti sampingan seperti persembahan Roller Blade dan Demo Make Up.. . ...baca seterusnya


Program Lembah Bujang Alam Dan Manusia 2016

2 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pihak Lembah Bujang telah menganjurkan program Lembah Bujang Alam Dan Manusia 2016 pada 1 Mei 2016 yang lepas. Pelbagai aktiviti menarik di jalankan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pencalonan Hutan Paya Bakau Merbok sebagai Hutan Simpanan UNESCO dam demo silat Melayu. Program ini diadakan di Kompleks Jeti Semeling Sungai Merbok bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. . ...baca seterusnya


Keusahawanan Manik Kanak-Kanak Istimewa Pdk Mustika Sg. Limau

28 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat internet 1 Malaysia serta lima lagi Pusat internet daerah Yan sering kali mengadakan kelas bimbingan asas ICT kepada kanak-kanak istimewa PDK Mustika Sg.Limau, Tetapi pada kali ini, suatu inisitif kelas keusahawanan pula dijalankan. Berlangsung selama tiga hari iaitu 6,13, dan 27 April 2016 yang lalu. Seramai tujuh orang pelatih terlibat dalam kelas keusahawanan ini. . ...baca seterusnya


Kelas Ict Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Budi Yan

25 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras serta empat lagi Pusat Internet daerah Yan iaitu, Kuala Sala, Yan Kechil dan Sungai Limau telah mengadakan suatu kelas ICT, iaitu kelas bimbingan bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahaun ICT kepada pelajarnya. . ...baca seterusnya


Booth Kdb Karnival Pendidikan Dan Kerjaya

22 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pendidikan serta pendapatan seringkali dipandang utama bagi kebanyakkan pihak. Kedua hubungan ini saling berkait rapat antara satu sama lain. Jesteru itu, ramai diatara kita sentiasa meningkatkan lagi tahap kedua-dua aspek berikut. Baru-baru ini, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Titi Teras bersama empat lagi Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan,. ...baca seterusnya


Bengkel Video Mykif

16 April 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2016 yang lalu telah berlangsungnya satu kelas dimana pelajar dan belia sekitar penduduk Kampung Titi Teras menyertai 'BENGKEL VIDEO MYKIF' dengan jayanya. Seramai emam peserta terlibat untuk program pertama kalinya ini. Bengkel ini adalah bertujuan melahirkan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam pembikinan video dan pengambaran. . ...baca seterusnya



Pesta Layang-Layang

6 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Titi Teras bersama-sama empat lagi PI di Daerah Yan telah Berjaya mengadakan suatu program iaitu, 'pesta layang-layang'. Program ini diadakan pada 4 & 5 March 2016 yang lalu bertempat di Kampung Kuala Dulang Kecil...baca seterusnya


Program Klik Dengan Bijak Di Kem PLKN Sik

18 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Kunjungan Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Titi Teras dan 4 buah Pusat Internet daerah Yan, mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga PDK Mustika Sg. Limau Dalam. Pada 3 dan 17 Febuari 2016 seramai 15 orang kanak-kanak ...baca seterusnya



Kelas Kraf Quilling

14 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Titi Teras bersama-sama empat lagi PI di Daerah Yan telah ke Rumah Kesayangan Abuya pada 13 Februari 2016. Rumah Kesayangan Abuya merupakan pusat jagaan fakir miskin....baca seterusnya


Bengkel Pengisian Permohonan UPU Secara Online

7 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Berikutan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah pun diumumkan baru-baru ini, ramai pelajar mahupun ibu bapa sendiri mencari-cari tempat serta bidang untuk melanjutkan pelajaran yang bersesuaian untuk anak-anak meraka. ...baca seterusnya



Aerobathon 2 Jam Tanpa Henti

17 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Buat pertama kalinya, di perkarangan Dataran Gunung Jerai telah berlangsungnya program aerobaton 2 jam tanpa henti oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi Teras, Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan dan Persatuan Senamrobik Daerah Yan....baca seterusnya


Kursus Pemantapan Ict Belia 2016

10 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg, Titi Teras bersama Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Yan telah berhasil menjayakan suatu program yang diberi nama sebagai 'Kursus Pemantapan ICT Belia 2016'. Program ini, disertai oleh Persatuan Belia Al-Hidayah Titi Serong seramai 14 orang dan berlangsung selama dua hari iaitu 8 dan 9 Januari 2016....baca seterusnya


Kelas Bahasa Inggeris 'Grammar & Speaking'

29 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember sehingga 22 Disember 2015 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi teras, juga dikenali sebagai PI KG.TITI TERAS telah berlangsungnya kelas Bahasa inggeris grammar & speaking terbuka...baca seterusnya


Mini Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan

14 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Disember 2015 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi Teras dengan kerjasama Pusat Intefrnet 1 Malaysia negeri Kedah dibawah seliaan maxis, telah menjayakan suatu program yang dikenali sebagai...baca seterusnya


Program 'Class Smart English'

18 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pada 16 dan 17 November 2015 lalu, berlangsungnya satu program class smart English yang diadakan di PI Kg.Titi Teras. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ibu bapa dan pelajar terlibat dalam program ini....baca seterusnya


Ict Training Sek.Men.Agama Sg.Limau

6 November 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Titi Teras dengan kerjasama Pusat internet 1 Malaysia Daerah Yan,telah bekerjasama dalam menganjurkan Kelas ICT Training di Sek,Men,Agama Sg,Limau buat julung kalinya...baca seterusnya


HARI TERBUKA

29 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak buat kesekian kalinya telah menganjurkan Hari Terbuka sebagai aktiviti penutup untuk tahun 2014 yang bertempat di PI Guar Chempedak. Hari terbuka tersebut telah diadakan pada 28 Disember 2014 hari Ahad yang lepas...baca seterusnya


BENGKEL ASAS KEUSAHAWANAN INTEL

14 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak bukan sahaja pusat untuk komuniti menggunakan kemudahan ICT tapi merupakan pusat sehenti untuk masyarakat mendapatkan ilmu mengenai keusahawanan...baca seterusnya


SCHOOL HOLIDAY ICT CAMP

8 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Mengambil peluang sempena cuti persekolahan akhir tahun 2014, Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak telah menjalankan aktiviti yang diberi nama School Holoday ICT Camp. Program ini dijalankan khas untuk adik-adik yang beumur 5 tahun ke atas dan di beri fokus untuk pelajar sekolah rendah...baca seterusnya


BENGKEL KEUSAHAWANAN

29 November 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 28 November 2014, 9.00 pagi hingga 1.00 petang. PI Guar Chempedak dengan kerjasama Pilm Yan Kechil dan Bukit Besar telah mengadakan satu program berupa Bengkel Keusahawanan, bertempat di PI Yan Kechil...baca seterusnya


SEMINAR SPM ‘ONLINE’

11 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Hujung penggal persekolahan lalu, ramai diantara pelajar,guru mahaupun ibu-bapa sibuk menyediakan persiapan secukupnya sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula tidak lama lagi...baca seterusnya


MERDEKA RAYA 2014

12 September 2014 | Aktiviti Terkini

Pada 6 dan 11 September 2014, PI Guar Chempedak  telah menganjurkan program Merdeka Raya di SMKA Gurun dengan kerjasama PI Yan Kechil dan pihak Sekolah Menengah Agama Gurun. Majlis bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia sebagai pusat sehenti komuniti kepada masyarakat terutama sekali kepada kepada para pelajar. Seramai 340 orang pelajar telah terlibat dalam program ini dan mewujudkan semangat kemerdekaan dan berpengetahuan dikalangan Generasi Y. ...baca seterusnya


KURSUS VLE FROG

17 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Guar Chempedak atau lebih dikenali sebagai PIGC sekali lagi telah mencapai misi utama matlamat PI iaitu merapatkan jurang ICT antara bandar dan luar bandar. Pada 16 Ogos 2014, 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari berlangsungnya satu kursus VLE FROG bertempat di Sekolah Menengah Agama Pekan Gurun..baca seterusnya